20 Jan 2021

PANDUAN PENGGUNAAN MINYAK MASAK SECARA SELAMAT

Tahukah anda minyak masak yang digunakan berkali-kali boleh menghasilkan bahan karsinogen yang menggalakkan pertumbuhan sel kanser dalam badan manusia. Oleh itu, ketahui sifat minyak masak yang sudah tidak boleh digunakan dan patut dibuang:

Minyak berwarna gelap
Minyak menjadi likat dan pekat
Minyak mengeluarkan asap yang banyak apabila dipanaskan
Minyak berbau tengik
Terdapat mendapan berwarna gelap/ hitam seperti bendasing di permukaan atau di dalam minyak

⚠️ Bahan karsinogen seperti Polycyclic Aromatic Hydrocarbon (PAH) dan Acrylamide adalah sangat berbahaya kepada manusia.

Oleh itu sentiasa pastikan minyak masak yang anda gunakan adalah selamat 😁

Untuk Maklumat Lanjut:

Office Phone: +60 3-78319447
Phone: +60 12-2953077 / +60 13-3257972
Email: pheio.inquiry@gmail.com