23 Dec 2019

Kursus Kesedaran HACCP Dalam Bahasa Malaysia

Bukan senang untuk mencari kursus HACCP yang disampaikan dalam Bahasa Malaysia. Disebabkan sistem HACCP sendiri mula diwujudkan di USA, maka kebanyakan bahan rujukan HACCP adalah dalam bahasa Inggeris.

HACCP secara umumnya adalah subjek yang rumit untuk difahami. Apatah lagi jika disampaikan dalam Bahasa Inggeris; kepada peserta yang kurang fasih berbahasa Inggeris.

Kursus Kesedaran HACCP ini amat sesuai bagi peserta dari kalangan Pegawai Kawalan Kualiti QC/ QA, Production Supervisor, Line Leader dan Operator yang rata-rata menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa percakapan harian.

Kandungan Kursus
1. Pengenalan kepada Sistem HACCP
2. Semakan keperluan PRP, Program Pra-Syarat HACCP
3. Bahaya Keselamatan Makanan
4. 7 Prinsip HACCP

  • Analisa Bahaya
  • Penentuan Tahap Kawalan Kritikal (CCP)
  • Mewujudkan had kritikal
  • Mewujudkan prosedur kawalan CCP
  • Mewujudkan prosedur tindakan pembetulan
  • Mewujudkan penilaian HACCP
  • Dokumentasi dan rekod HACCP

5. Aplikasi Sistem HACCP
6. Proses pensijilan HACCP

Banyak kelebihannya bila Kursus Kesedaran HACCP disampaikan dalam Bahasa Malaysia.

1. Peserta tidak malu atau segan untuk bertanya soalan

Para peserta kursus tidak akan malu atau segan untuk bertanya sekiranya ada persoalan yang ingin diajukan. Mereka bebas bertanya soalan dalam Bahasa Malaysia dan akan dijawab oleh penceramah dalam bahasa Malaysia juga. Penceramah juga berbangsa Melayu, jadi jawapan yang diberikan secara fasih dan mudah difahami peserta.

2. Sesi pembelajaran menjadi lebih interaktif

Penggunaan Bahasa Malaysia semasa penyampaian Kursus Kesedaran HACCP akan menjadikan sesi pembelajaran lebih interaktif. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus adalah dalam bahasa Malaysia, contuhnya:

1. Aktiviti Pengenalpastian Bahaya Keselamatan Makanan,
2. Aktiviti Penyediaan carta alir proses,
3. Aktiviti Penyediaan analisa bahaya dan
4. Aktiviti Penentuan titik kawalan kritikal (CCP)

Kesemua aktiviti dijalankan dalam bahasa Malaysia dan secara berkumpulan dengan tujuan untuk memastikan setiap peserta benar-benar memahami konsep HACCP dan seterusnya mampu mengaplikasikan pemahaman mereka dalam tugas harian di kilang atau premis makanan.

3. Meningkatkan kefahaman tentang Prinsip HACCP

Ada antara peserta yang tidak fasih berbahasa Inggeris terkeliru dengan istilah seperti Control, Verification, Monitoring dan Validation. Kesemua istilah bahasa Inggeris tersebut mempunyai makna yang hampir serupa dan membuatkan mereka keliru. Kesan kekeliruan ini akan menyebabkan mereka sukar memahami 7 Prinsip HACCP

Dalam Kursus Kesedaran HACCP, Penceramah akan memberi penerangan 7 Prinsip HACCP dalam Bahasa Malaysia. Istilah-istilah penting dalam perlaksaan HACCP juga akan dijelaskan dalam Bahasa Malaysia. Istilah seperti Kawalan proses kritikal, Penilaian HACCP, Pemantauan dan Pengesahan akan diterangkan dengan jelas. Oleh itu peserta akan mudah memahami dan seterusnya mengaplikasikannya. Kesannya nanti, sistem HACCP dapat dilaksanakan secara efektif.

Kursus Kesedaran HACCP boleh dijalakan secara in-house (di kilang/ premis) atau secara public training mengikut jadual Public Training Pheio Management Sdn Bhd.

Untuk pertanyaan lanjut tentang Kursus Kesedaran HACCP sila hubungi:

Pheio Management Sdn Bhd
Direct Line: 0378319447
Mobile/ Whatsapp: 0133096077 atau 0122953077
Email: amirah@pheio.com