23 Dec 2019

Kursus Audit Dalam ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)

PROGRAM: KURSUS AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015
KOD: QM 02 (2 Hari)
BAHASA: Bahasa Malaysia

PENGENALAN

Kursus Audit Dalaman ISO 9001:2015 dilaksanankan bagi memberikan pemahaman, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan untuk menjalankan audit. Ia bagi menilai keberkesanan perlaksanaan keperluan ISO 9001: 2015 Sistem Pengurusan Kualiti (SPK).

Kaedah audit ISO 9001:2015 juga perlu dilaksanakan dengan berkesan dengan mengambilkira Pemikiran Berdasarkan Risiko (Risked Based Thinking). Peserta juga akan diajar cara mengoptimumkan kemahiran pengauditan dan meningkatkan keupayaan audit dalaman. Ini amat penting bagi memastikan Juruaudit Dalaman yang telah dilantik mampu melaksanakan audit dalaman dengan yakin dan dan dapat melaporkan hasil audit secara berkesan untuk penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK).

KUMPULAN SASARAN

Ketua Jabatan, Juruaudit Dalaman Organisasi, Jawatankuasa Kualiti Organisasi, Penyelia dan kakitangan yang terlibat secara langsung dalam operasi organisasi.

Kursus ini dijalakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia dan sangat sesuai untuk agensi kerajaan dan badan berkanun.

Sesi praktikal dan ‘role play’ juga dijalankan dalam kursus ini bagi meningkatkan tahap pemahaman peserta dan memastikan setiap peserta terutamanya peserta yang baru dilantik menjadi Juruaudit Dalam dapat merasai pengalaman menjalankan audit ISO 9001:2015

RANGKA KURSUS

  1. Garis panduan sistem pengurusan audit mengikut ISO 19011: 2011
  2. Semakan keperluan ISO 9001: 2015 Sistem Pengurusan Kualiti
  3. Perancangan audit, menyediakan Senarai Semak Audit
  4. Teknik perlaksanaan audit, komunikasi audit
  5. Audit berasaskan Pemikiran Risiko (Risk Based Thinking Audit)
  6. Menyediakan dan mengedarkan laporan audit
  7. Melengkapkan audit dan susulan tindakan pembetulan dan penambahbaikan
  8. Analisa audit dalaman

Sesi Kursus dijalanakan secara penerangan/ ceramah, role play dan sesi praktikal yang interaktif bagi menggalakkan penyertaan peserta dan meningkatkan pemahaman melalui amali audit.

OBJEKTIF KURSUS

· Memahami keperluan ISO 9001:2015
· Memahami teknik-teknik dan prinsip audit dalaman ISO 9001:2015
· Mengetahui kaedah merancang dan melaksanakan audit
· Menulis laporan audit dalaman
· Membuat analisa keberkesanan audit dalaman berdasarkan laporan audit.

HUBUNGI

PHEIO Management Sdn. Bhd
No 19-2, Jalan Elektron F, U16/F
E-Boulevard Denai Alam,
40160 Shah Alam, Selangor
Email: pheio.mgmt@gmail.com
Whatsapp/ Call: 0122953077
Pusat Latihan Pheio: 0378319447